Disember 2021

Program Fun Ride Kumpulan PMINT Bersama GCE

Program Fun Ride Kumpulan PMINT Bersama GCEO anjuran Kelab Basikal PMINT, PiCT telah diadakan pada 17 Dis 2021. Para peserta terdiri daripada wargakerja Kumpulan PMINT dan program ini turut disertai oleh YBM Tengku Seri Bijaya Diraja, Setiausaha Kerajaan Terengganu, Tn Hj Wan Adnan bin Wan Derahman, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PMINT, Pn Hjh Wan Nor Aldila bt Wan Syukor, Pengerusi PERMINITA dan Pengurus-pengurus Besar Anak Syarikat PMINT. Kayuhan konvoi berbasikal sejauh 10km ini bermula di Taman Tamadun Islam pada jam 8 pagi mengelilingi jambatan Pulau Sekati. Program ini turut dimeriahkan dengan acara cabutan bertuah dan hadiah disumbangkan oleh PMINT dan anak syarikat. Dengan kerjasama pihak polis dan para petugas, program ini berjalan dengan jayanya.

Majlis Menandatangani Perjanjian Antara Perbadanan Memajukan Ikhtisab Negeri Terengganu (PMINT) dan P-Excell Management Sdn. Bhd. (P-Excell)

Majlis Menandatangani Perjanjian Antara Perbadanan Memajukan Ikhtisab Negeri Terengganu (PMINT) dan P-Excell Management Sdn. Bhd. (P-Excell) dalam cadangan pembangunan perjanjian pembangunan tanah secara pengswastaan bagi 63 unit rumah teres satu tingkat di atas tanah no. lot pt11988, kampung Batu Hampar, Mukim Belara, daerah Kuala Terengganu. Ini merupakan satu lagi usaha kerajaan negeri melalui anak syarikat P-Excell dalam menyediakan perumahan yang berkualiti kepada kumpulan sasar B40 dan M40. Pembinaan ini dijangka bermula sukuan keempat 2022 dan dianggarkan projek ini akan disiapkan selama 36 bulan dengan nilaian sebanyak RM12.2juta

Compare listings

Compare