Ogos 2022

Lawatan Kerja bersama MBS Sdn. Bhd.

Lawatan kerja Encik Mohd Anuar bin Abdullah (Pengurus Besar PEM) dan staff PEM bersama MBS Sdn. Bhd. pembekal sistem IBS Mega Wall ke tapak projek di Jalan Kuantan-Gambang mengandungi 112 unit Rumah Teres. Tujuan lawatan ini adalah untuk pengenalan kepada sistem formwork terkini kaedah pemasangan, tempoh masa pemasangan sistem dan kos-kos terlibat.

Lawatan ke Projek Residensi Bayas Fasa 1 bersama REHDA

Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia atau lebih dikenali sebagai REHDA cawangan Terengganu telah mengadakan lawatan ke projek Residensi Bayas fasa 1 yang dimajukan oleh P-Excell Management Sdn. Bhd (PEMSB) yang merupakan syarikat di dalam kumpulan syarikat PMINT. Seramai 30 ahli daripada pelbagai syarikat pemaju perumahan dan hartanah serta perunding yang menyertai lawatan termasuk wakil dari Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) selaku pemilik tanah. Menurut Pengerusi REHDA Terengganu Sr Haji Mohamad Hishamudin bin Dato' Muda lawatan seumpama ini merupakan aktivit berkala REHDA bagi memberi pendedahan kepada ahli-ahli berkenaan perkembangan pasaran hartanah, kaedah pembinaan dan teknologi disamping menjadi tunjang kepada pemaju perumahan dalam menangani isu-isu berkaitan pemajuan hartanah. Rata-rata ahli amat tertarik dengan kaedah pembinaan ini dan berharap ia boleh digunakan lebih meluas di projek lain di Terengganu. Projek perumahan yang dikenali sebagai Residensi Bayas fasa 1 sebanyak 55 unit rumah teres 2 tingkat dengan 4 variasi berbeza telah didirikan di atas tanah yang berkeluasan 4 ekar daripada 10 ekar dan berbaki 6 ekar lagi bagi fasa 2 yang masih dalam peringkat akhir kelulusan. Menurut Pengurus Besar P-Excell Management Sdn. Bhd Encik Mohd Anuar bin Abdullah, Residensi Bayas merupakan projek pertama atau pelopor di dalam Terengganu khasnya bagi pengunaan sistem pembinaan IBS Mega Wall (pengunaan besi H-Frame sebagai tetulang dinding konkrit) yang dibangunkan oleh Mega Building System.

Program Bicara Integriti Tahun 2022 & Pelancaran Buku Pelan Anti Rasuah Organisasi (OACP)

Program Bicara Integriti 2022 dan Pelancaran Buku Pelan Anti Rasuah Organisasi (OACP) Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu telah berlangsung di Dewan Besar Wisma Darul Iman. Encik Mohd Anuar bin Abdullah (Pengurus Besar P-Excell Management Sdn. Bhd.), Encik Muhamad Farid bin Chik (Pengurus Pentadbiran & Sumber Manusia P-Excell Management Sdn. Bhd.) dan Puan Sr Nurul Akmilah binti Md Harun (Pengurus Pengurusan Komersial & Perolehan P-Excell Management Sdn. Bhd.) bergambar dengan KPKPs Mohd Hanapi bin Abd. Rahim (Pegawai SPRM Terengganu)

Compare listings

Compare