November 2022

Majlis Penyerahan Bendera, Kontijen, Amanat GCEO, Penyerahan Penajaan & Majlis Sidang Media Sukan Gemaputera XVI Terengganu 2022

MAJLIS PENYERAHAN BENDERA, KONTINJEN, AMANAT GCEO, PENYERAHAN PENAJAAN & MAJLIS SIDANG MEDIA SUKAN GEMAPUTERA XVI TERENGGANU 2022 14 November 2022 (Isnin) berlangsung dengan jayanya di Dewan PMINT. Majlis dihadiri Pengerusi Gemaputera Malaysia Hj Wan Adnan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu PMINT bersama Pengerus Kejohanan Tuan Haji Azmal Azaddin merangkap COO PMINT diiringi CDM Kontinjen PMINT En Rozmi bin Muji Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh En Nik. Lagu Negaraku, Lagu Terengganu Maju Berkat Sejahtera & lagu Rasmi PMINT dinyanyikan oleh para atlet dan dif-dff jemputan. Majlis seterusnya mendengar amanat & ucapan CEO PMINT merangkap Pengerusi Gemaputera En Wan Adnan yang begitu padat & bersemangat yang mahukan penganjuran kali ini cemerlang dari awal hingga akhirnya. Gimik & Simbolik majlis hari ini membawakan Piala Juara Keseluruhan Kejohanan bersam Pingat & panji-panji kebanggaan. Majlis meraikan hampir 20 rakan penaja yang bersama menyokong Sukan Gemaputera kali ini. Penghargaan & terima kasih atas sokongan : XINDA DEVELOPMENT SDN. BHD. ART JURUKUR BAHAN SDN. BHD JURUKUR JITU RUNDING SDN. BHD. WRA SERVICES SDN. BHD. ROADCARE SDN. BHD. NESTLE PRODUCT SDN. BHD. F&N BEVERAGES MARKETING SDN. BHD. ADABI TERENGGANU SDN. BHD. PMINT URUS CKJ ENGINEERING & SERVICES SDN. BHD. MBAJ CONSTRUCTION DEV. SDN.BHD. MULTI MAX ENGINEERING & SERVICES CAS LIGAS SDN. BHD. TUNAS UKUR M. SARIZAL SHAMSUDDIN ARCHITECT AMZA CONSULT MOHD ASBI ASSOCIATES SDN. BHD. MY COKLAT Terima kasih kepada pegawai bertugas, anak-anak syarikat PMINT, rakan-rakan penaja, rakan-rakan media, atlet-atlet serta semua yang terlibat menjayakan program hari ini. Kita doakan agar dipermudahkan sepanjang kejohanan ini berlangsung.

Majlis Pelancaran Skuad PMINT Prihatin (SPP)

Kumpulan Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) telah melancarkan Skuad PMINT Prihatin (SPP) pada 13 November 2022 bertempat di Paya Bunga Square. Tujuan utama Penubuhan SPP adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat syarikat dalam membantu golongan memerlukan. Turut diwujudkan dalam majlis ini ialah Tabung PMINT Prihatin dengan dana awal sebanyak RM20,000 sebagai persediaan sekiranya berlaku bencana dalam masa terdekat. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PMINT, Tuan Haji Wan Adnan bin Wan Derahman berkata skuad tersebut melibatkan semua warga kerja PMINT dah Syarikat Anak yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan syarikat berkenaan. Beliau turut berkata walaupun keutamaan bantuan adalah untuk mangsa banjir, SPP juga bersedia menghulurkan bantuan kepada mangsa bencana lain seperti kebakaran dan kemalangan. Beliau berkata sumbangan akan disalurkan dalam bentuk khidmat tenaga oleh sukarelawan, barangan keperluan dan kewangan. Turut hadir pada majlis ini Tuan Haji Azmal bin Azaddin, Ketua Pegawai Operasi PMINT, Pengurus Besar Syarikat Anak dan Pengurus Besar PMINT

Compare listings

Compare