Januari 2023

Majlis Makan Malam Anak Syarikat Kumpulan PMINT 2022 yang diadakan di Dewan Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam

Telah berlangsungnya Majlis Makan Malam Anak Syarikat Kumpulan PMINT 2022 yang diadakan di Dewan Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam yang dirasmikan oleh Tuan Haji Wan Adnan bin Wan Derahman yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT). Pada Majlis makan malam ini juga turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Operasi iaitu Tuan Haji Azmal Bin Azaddin dan Ketua Pegawai Korporat PMINT iaitu Encik Mohd Anuar Bin Abdullah dan barisan Pengurus- pengurus Besar PMINT serta Pengurus-pengurus Besar Anak Syarikat PMINT.

Majlis Solat Hajat sempena pembukaan pejabat baru PEMSB

Telah berlangsung Majlis Solat Hajat yang turut disertai oleh Tuan Haji Wan Adnan Bin Wan Derahman selaku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PMINT dan Encik Mohd Anuar Bin Abdullah, Ketua Pegawai Korporat PMINT merangkap Pengurus Besar P-Excell Management Sdn. Bhd. (PEMSB) sempena pembukaan pejabat baru PEMSB di Tingkat 1, Menara PMINT.

Compare listings

Compare