Mac 2025

Tahniah Atas Perlantikan

Tahniah diucapkan kepada Encik Rozmi bin Muji atas pelantikan sebagai Ketua Pegawai Operasi dan Tuan Haji Fazrul Isham bin Mohd sebagai Ketua Pegawai Korporat Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu. Semoga kedua-duanya menjalankan tugas dengan cemerlang dan terus memajukan ekonomi serta pembangunan negeri Terengganu.

Jawatan Kosong Terkini

Adakah anda sedang mencari kerjaya dalam bidang teknikal dan kejuruteraan? Inilah peluang anda! P-Excell Management Sdn. Bhd. kini sedang mencari calon yang berkelayakan, berdedikasi dan bersemangat untuk menyertai pasukan kami.

Kunjungan Prihatin K-PEX

Kelab Kebajikan Kakitangan P-Excell Management Sdn. Bhd. bersama pihak pengurusan P-Excell Management Sdn. Bhd. telah mengadakan satu kunjungan prihatin ke rumah pelajar praktikal iaitu Nor Azmina Binti Amran. Lawatan ini bertujuan untuk menzahirkan sokongan moral dan keprihatinan terhadap kebajikan beliau serta keluarganya. Dalam kunjungan tersebut, wakil kelab dan pihak pengurusan telah menyampaikan sumbangan sebagai tanda sokongan kepada Nor Azmina. Semoga bantuan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban serta memberikan semangat kepada beliau dalam meneruskan latihan praktikal dan perjalanan akademiknya. P-Excell Management sdn. bhd. sentiasa komited dalam menjaga kebajikan bukan sahaja kakitangan tetapi juga para pelajar praktikal yang menjadi sebahagian daripada keluarga besar syarikat. Diharapkan usaha murni ini dapat diteruskan bagi membantu mereka yang memerlukan.

Lawatan Prihatin Staf PEMSB

Pihak pengurusan P-Excell Management Sdn. Bhd. bersama Kelab Kebajikan Kakitangan P-Excell Management Sdn. Bhd. Terengganu (KPEX) telah mengadakan lawatan prihatin ke rumah salah seorang staf iaitu Muhammad Sapawi Bin Pi'a yang terlibat dalam kemalangan pada 08 Mac 2025 Sabtu. Kunjungan ini bertujuan untuk menzahirkan sokongan moral dan keprihatinan terhadap staf tersebut serta keluarganya. Lawatan ini juga lebih bermakna kerana ia bertepatan dengan kelahiran bayi beliau. Dalam kunjungan ini, pihak pengurusan dan kelab kebajikan telah menyampaikan sumbangan serta tanda ingatan sebagai sokongan kepada beliau dalam menghadapi situasi ini. Semoga staf yang terlibat diberikan kesembuhan segera dan bayi yang baru dilahirkan membesar dengan sihat. P-Excell Management sentiasa komited dalam menjaga kebajikan dan kesejahteraan staf, terutamanya dalam saat-saat mencabar seperti ini.

Jawatan kosong terkini

💼 JAWATAN KOSONG: AKAUNTAN 💼 🚀 Peluang kerjaya menarik untuk anda! Kami di P-Excell Management Sdn. Bhd. sedang mencari Akauntan yang berpengalaman dan mahir dalam sistem UBS! ✅ Syarat Kelayakan: 🔹 Lelaki/Wanita, 21 tahun ke atas 🔹 Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Akaun 🔹 Berpengalaman sekurang-kurangnya 5 tahun 🔹 Mahir Microsoft Office (Word, Excel, PowerPoint) 🔹 Boleh mengendalikan sistem UBS 📍 Lokasi: Kuala Terengganu 📩 Hantar permohonan segera! 📆 Tarikh tutup: 15 April 2025 📞 Hubungi kami: 09-6234210/11 📧 Email: admin@pexcell.com.my Jangan lepaskan peluang ini! Mohon sekarang! 🔥🔥

DAULAT TUANKU

𝗗𝗔𝗨𝗟𝗔𝗧 𝗧𝗨𝗔𝗡𝗞𝗨 Merafak Sembah dan Setinggi-Tinggi Ucapan Tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu 𝗦𝗨𝗟𝗧𝗔𝗡 𝗠𝗜𝗭𝗔𝗡 𝗭𝗔𝗜𝗡𝗔𝗟 𝗔𝗕𝗜𝗗𝗜𝗡 𝗜𝗕𝗡𝗜 𝗔𝗟𝗠𝗔𝗥𝗛𝗨𝗠 𝗦𝗨𝗟𝗧𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗛𝗠𝗨𝗗 𝗔𝗟-𝗠𝗨𝗞𝗧𝗔𝗙𝗜 𝗕𝗜𝗟𝗟𝗔𝗛 𝗦𝗛𝗔𝗛 sempena Ulang Tahun Hari Pertabalan Sultan Terengganu pada 4 Mac 2025 bersamaan 3 Ramadan 1446H Semoga Allah SWT Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang melanjutkan usia Tuanku dan melimpahkan rahmat kepada Tuanku sekeluarga serta seluruh Negeri Terengganu hendakNya.

Selamat Menyambut Ramadan 2025

Marhaban ya Ramadan! Semoga bulan suci ini membawa keberkatan, kedamaian, dan kebahagiaan kepada kita semua. Mari kita manfaatkan kesempatan ini untuk meningkatkan ibadah,memperbaiki diri, dan mempereratkan silaturahim.

Compare listings

Compare