Pelajar Latihan Industri

Pelajar Latihan Industri Diperlukan di P-Excell Management Sdn. Bhd. Penempatan : Engineering Divison P-Excell Management Sdn. Bhd, Paka Kursus : Bahagian Pentadbiran dan Sumber Manusia atau Berkaitan 📍Kemasukan : Januari 2024

Selamat Menyambut Tahun Baru 2024

Selamat Menyambut Tahun Baru kepada semua rakyat Malaysia. Mulakan tahun 2024 dengan ucapan Alhamdulillah kerana masih diberi peluang untuk memperbaiki diri di tahun baru ini. Semoga kita menjadi hambaNya yang sentiasa bersyukur dan semoga tahun ini kita dapat menjadi versi terbaik diri kita berbanding tahun lepas.

Seminar “Issue Of Delay & Extension Of Time & Claims”

Seminar "Issue Of Delay & Extension Of Time & Claims" telah diadakan pada 31 Oktober & 1 November 2023 bertempat di Dewan Camelia, Tingakt 7, Paya Bunga Hotel, Kuala Terengganu. Kursus anjuran P-Excell Management Sdn. Bhd. telah dikendalikan oleh penceramah jemputan Puan Sr hajah Hashimah Harun (BQSM, RISM, CERTIFIED ADJUDICATOR). Seramai 40 peserta yang menyertai seminar. Tahniah diucapkan kepada peserta yang menyertai seminar ini dan semoga memperoleh ilmu yang bermanfaat.

Pertandingan Bot Berhias Sempena Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Pemerintahan KDYMM SULTAN TERENGGANU

Sebanyak 16 buah bot mewakili setiap pejabat daerah, badan berkanun dan anak syarikat milik Kerajaan Negeri bertanding dengan memaparkan pelbagai hiasan, dekorasi dan kreativiti yang menonjolkan identiti daerah dan jabatan masing-masing dengan mengikut tema yang ditetapkan oleh urusetia. Perarakan pertandingan yang bermula pada jam 9.00 malam dari arah Pulau Kambing, seterusnya menyelusuri Pulau Warisan, Duyong Marina, Jeti Penambang Seberang Takir, Jeti Shah Bandar dan Payang Walk telah menarik ribuan penonton untuk menyaksikan kepelbagaian bot berhias pada malam tersebut.

Daulat Tuanku

Menjunjung Duli Setinggi-Tinggi Tahniah KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA AL-WATHIQU BILLAH SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN D.K.M., D.K.T., D.K.R., D.M.N., S.U.M.Z., S.S.M.T., S.P.M.T., D.K. (Perlis), D.K. (Johor), D.K.M.B. (Brunei), D.K. (Perak), D.K. (Negeri Sembilan), D.K. (Kedah), D.K. (Kelantan), D.K. (Selangor), S.P.M.I., Commandeur de la Legion d'Honneur (France), The Most Auspicious Order of the Rajamitrabhorn (Thailand), Collar de la Orden Al Merito de Chile (Chile), Necklace of Independence (Qatar), Bintang Republik Indonesia Adipurna (Indonesia) IBNI ALMARHUM SULTAN MAHMUD AL-MUKTAFI BILLAH SHAH SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN BAGI NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN SERTA SEGALA JAJAHAN TAKLUKNTA DAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTANAH NUR ZAHIRAH D.K., D.M.N., S.S.M.Z., S.S.M.T., D.K. (Kedah), Knight Grand Cross (First Class) of the Most Illustrious Order of Chula Chom Klao (Thailand) SULTANAH TERENGGANU SEMPENA SAMBUTAN JUBLI PERAK 25 TAHUN PEMERINTAHAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN TERENGGANU DENGAN INGATAN TULUS IKHLAS DAN JUNJUNG KASIH

Pengurniaan Dato’ Panglima Mahkota Terengganu (D.P.M.T)

????????????????????????????????-???????????????????????? ???????????????????????????? diucapkan kepada YBHG Dato' Haji Wan Adnan Bin Wan Derahman Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PMINT atas pengurniaan Dato' Panglima Mahkota Terengganu (D.P.M.T) sempena Sambutan Ulangtahun ke-61 Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu.

Compare listings

Compare