Archicad Essentials Training

seramai 5 orang ahli PEMSB menyertai ARCHICAD ESSENTIALS TRAINING yang bertempat di IME CADCAM TRAINING CENTRE, Petaling Jaya, Selangor. Latihan ini merupakan anjuran IME CADCAM TRAINING CENTRE SDN. BHD. yang bertujuan mendedahkan kakitangan dengan perisian dan asas pemodelan sekali gus meningkatkan pengetahuan berkaitan penyediaan jadual projek yang ringkas serta reka bentuk melalui BIMx. Semoga dengan latihan ini, dapat memberikan sedikit sebanyak ilmu tentang ARCHICAD.

Majlis Makan Malam Anak Syarikat Kumpulan PMINT 2022 yang diadakan di Dewan Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam

Telah berlangsungnya Majlis Makan Malam Anak Syarikat Kumpulan PMINT 2022 yang diadakan di Dewan Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam yang dirasmikan oleh Tuan Haji Wan Adnan bin Wan Derahman yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT). Pada Majlis makan malam ini juga turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Operasi iaitu Tuan Haji Azmal Bin Azaddin dan Ketua Pegawai Korporat PMINT iaitu Encik Mohd Anuar Bin Abdullah dan barisan Pengurus- pengurus Besar PMINT serta Pengurus-pengurus Besar Anak Syarikat PMINT.

Majlis Solat Hajat sempena pembukaan pejabat baru PEMSB

Telah berlangsung Majlis Solat Hajat yang turut disertai oleh Tuan Haji Wan Adnan Bin Wan Derahman selaku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PMINT dan Encik Mohd Anuar Bin Abdullah, Ketua Pegawai Korporat PMINT merangkap Pengurus Besar P-Excell Management Sdn. Bhd. (PEMSB) sempena pembukaan pejabat baru PEMSB di Tingkat 1, Menara PMINT.

Program “Team Building & Hari Keluarga 2022”

Program "Team Building & Hari Keluarga 2022" telah diadakan pada 1-3 Disember 2022 bertempat di Tok Aman Bali Beach Resort, Pasir Puteh, Kelantan. Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada Encik Mohd Anuar Bin Abdullah selaku Pengurus Besar P-EXCELL MANAGEMENT SDN. BHD. dan Tuan Haji Wan Adnan Bin Wan Derahman Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (PMINT) kerana telah sudi meluangkan masa bagi menghadiri program ini. Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada semua ahli K-PEX termasuk ahli keluarga yang terlibat bagi menjayakan dan menyertai program ini

Majlis Pelancaran Skuad PMINT Prihatin (SPP)

Kumpulan Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) telah melancarkan Skuad PMINT Prihatin (SPP) pada 13 November 2022 bertempat di Paya Bunga Square. Tujuan utama Penubuhan SPP adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat syarikat dalam membantu golongan memerlukan. Turut diwujudkan dalam majlis ini ialah Tabung PMINT Prihatin dengan dana awal sebanyak RM20,000 sebagai persediaan sekiranya berlaku bencana dalam masa terdekat. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PMINT, Tuan Haji Wan Adnan bin Wan Derahman berkata skuad tersebut melibatkan semua warga kerja PMINT dah Syarikat Anak yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan syarikat berkenaan. Beliau turut berkata walaupun keutamaan bantuan adalah untuk mangsa banjir, SPP juga bersedia menghulurkan bantuan kepada mangsa bencana lain seperti kebakaran dan kemalangan. Beliau berkata sumbangan akan disalurkan dalam bentuk khidmat tenaga oleh sukarelawan, barangan keperluan dan kewangan. Turut hadir pada majlis ini Tuan Haji Azmal bin Azaddin, Ketua Pegawai Operasi PMINT, Pengurus Besar Syarikat Anak dan Pengurus Besar PMINT

Majlis Penyerahan Bendera, Kontijen, Amanat GCEO, Penyerahan Penajaan & Majlis Sidang Media Sukan Gemaputera XVI Terengganu 2022

MAJLIS PENYERAHAN BENDERA, KONTINJEN, AMANAT GCEO, PENYERAHAN PENAJAAN & MAJLIS SIDANG MEDIA SUKAN GEMAPUTERA XVI TERENGGANU 2022 14 November 2022 (Isnin) berlangsung dengan jayanya di Dewan PMINT. Majlis dihadiri Pengerusi Gemaputera Malaysia Hj Wan Adnan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu PMINT bersama Pengerus Kejohanan Tuan Haji Azmal Azaddin merangkap COO PMINT diiringi CDM Kontinjen PMINT En Rozmi bin Muji Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh En Nik. Lagu Negaraku, Lagu Terengganu Maju Berkat Sejahtera & lagu Rasmi PMINT dinyanyikan oleh para atlet dan dif-dff jemputan. Majlis seterusnya mendengar amanat & ucapan CEO PMINT merangkap Pengerusi Gemaputera En Wan Adnan yang begitu padat & bersemangat yang mahukan penganjuran kali ini cemerlang dari awal hingga akhirnya. Gimik & Simbolik majlis hari ini membawakan Piala Juara Keseluruhan Kejohanan bersam Pingat & panji-panji kebanggaan. Majlis meraikan hampir 20 rakan penaja yang bersama menyokong Sukan Gemaputera kali ini. Penghargaan & terima kasih atas sokongan : XINDA DEVELOPMENT SDN. BHD. ART JURUKUR BAHAN SDN. BHD JURUKUR JITU RUNDING SDN. BHD. WRA SERVICES SDN. BHD. ROADCARE SDN. BHD. NESTLE PRODUCT SDN. BHD. F&N BEVERAGES MARKETING SDN. BHD. ADABI TERENGGANU SDN. BHD. PMINT URUS CKJ ENGINEERING & SERVICES SDN. BHD. MBAJ CONSTRUCTION DEV. SDN.BHD. MULTI MAX ENGINEERING & SERVICES CAS LIGAS SDN. BHD. TUNAS UKUR M. SARIZAL SHAMSUDDIN ARCHITECT AMZA CONSULT MOHD ASBI ASSOCIATES SDN. BHD. MY COKLAT Terima kasih kepada pegawai bertugas, anak-anak syarikat PMINT, rakan-rakan penaja, rakan-rakan media, atlet-atlet serta semua yang terlibat menjayakan program hari ini. Kita doakan agar dipermudahkan sepanjang kejohanan ini berlangsung.

Compare listings

Compare