Pertandingan Kenderaan Berhias

Sekitar Pertandingan Kereta Berhias Sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-60 Hari Keputeraan KDYMM Sultan Terengganu. Terima Kasih kepada semua staff P-Excell Management Sdn. Bhd. yang bertungkus-lumus dalam menjayakan pertandingan tersebut. Ini merupakan Tahun pertama P-Excell Management Sdn.Bhd. memasuki pertandingan Kereta Berhias. In sha allah Tahun hadapan P-Excell Management Sdn. Bhd. akan menang. Bak kata pepatah "Menang Tak Megah, Kalah tak Rebah".

Lawatan Kerja bersama MBS Sdn. Bhd.

Lawatan kerja Encik Mohd Anuar bin Abdullah (Pengurus Besar PEM) dan staff PEM bersama MBS Sdn. Bhd. pembekal sistem IBS Mega Wall ke tapak projek di Jalan Kuantan-Gambang mengandungi 112 unit Rumah Teres. Tujuan lawatan ini adalah untuk pengenalan kepada sistem formwork terkini kaedah pemasangan, tempoh masa pemasangan sistem dan kos-kos terlibat.

Lawatan ke Projek Residensi Bayas Fasa 1 bersama REHDA

Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia atau lebih dikenali sebagai REHDA cawangan Terengganu telah mengadakan lawatan ke projek Residensi Bayas fasa 1 yang dimajukan oleh P-Excell Management Sdn. Bhd (PEMSB) yang merupakan syarikat di dalam kumpulan syarikat PMINT. Seramai 30 ahli daripada pelbagai syarikat pemaju perumahan dan hartanah serta perunding yang menyertai lawatan termasuk wakil dari Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) selaku pemilik tanah. Menurut Pengerusi REHDA Terengganu Sr Haji Mohamad Hishamudin bin Dato' Muda lawatan seumpama ini merupakan aktivit berkala REHDA bagi memberi pendedahan kepada ahli-ahli berkenaan perkembangan pasaran hartanah, kaedah pembinaan dan teknologi disamping menjadi tunjang kepada pemaju perumahan dalam menangani isu-isu berkaitan pemajuan hartanah. Rata-rata ahli amat tertarik dengan kaedah pembinaan ini dan berharap ia boleh digunakan lebih meluas di projek lain di Terengganu. Projek perumahan yang dikenali sebagai Residensi Bayas fasa 1 sebanyak 55 unit rumah teres 2 tingkat dengan 4 variasi berbeza telah didirikan di atas tanah yang berkeluasan 4 ekar daripada 10 ekar dan berbaki 6 ekar lagi bagi fasa 2 yang masih dalam peringkat akhir kelulusan. Menurut Pengurus Besar P-Excell Management Sdn. Bhd Encik Mohd Anuar bin Abdullah, Residensi Bayas merupakan projek pertama atau pelopor di dalam Terengganu khasnya bagi pengunaan sistem pembinaan IBS Mega Wall (pengunaan besi H-Frame sebagai tetulang dinding konkrit) yang dibangunkan oleh Mega Building System.

Compare listings

Compare