Program Bicara Integriti Tahun 2022 & Pelancaran Buku Pelan Anti Rasuah Organisasi (OACP)

Program Bicara Integriti 2022 dan Pelancaran Buku Pelan Anti Rasuah Organisasi (OACP) Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu telah berlangsung di Dewan Besar Wisma Darul Iman. Encik Mohd Anuar bin Abdullah (Pengurus Besar P-Excell Management Sdn. Bhd.), Encik Muhamad Farid bin Chik (Pengurus Pentadbiran & Sumber Manusia P-Excell Management Sdn. Bhd.) dan Puan Sr Nurul Akmilah binti Md Harun (Pengurus Pengurusan Komersial & Perolehan P-Excell Management Sdn. Bhd.) bergambar dengan KPKPs Mohd Hanapi bin Abd. Rahim (Pegawai SPRM Terengganu)

Archidex 2022

Pada 29 JUNE hingga ke 02 JULY 2022, The 21st INTERNATIONAL ARCHITECTURE INTERIOR DESIGN & BUILDING EXHIBITION 2022, MALAYSIA (ARCHIDEX 2022) telah berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).

Malaysia Property Expo (MAPEX) 2022

Pada 23 sehingga 25 bulan Jun 2022 telah berlangsung Expo Hartanah Terengganu (MAPEX) di Kuala Terengganu City Centre Mall (KTCC Mall). Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Ustaz Ahmad Shah Muhamed, Timbalan Jawantankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar.

Tenpin Bowling Bersama Ahli Kelab

TENPIN BOWLING BERSAMA AHLI KELAB 31 MEI 2022 Aktiviti riadah (tenpin bowling) bersama ahli-ahli kelab telah berlangsung di Coral Crown Bowl,Kuala Terengganu. Aktiviti disertai oleh semua ahli kelab. Tahniah kepada team Residensi Bayas kerana merangkul tempat pertama dan tahniah kepada En.Mohamad Syauqi pemenang pemain terbaik keseluruhan. Terima kasih diucapkan juga kepada semua ahli kelab yang turut serta.Semoga aktiviti seperti ini dapat mengeratkan lagi hubungan sesama ahli kelab.

Lawatan Tapak Projek Perumahan Residensi Bayas dan Tapak Projek Perumahan Desa Tok Jamal

Lawatan Pengurus Besar P-Excell Management Sdn. Bhd. iaitu En Mohd Anuar ke Tapak Projek Perumahan Residensi Bayas dan Tapak Projek Perumahan Desa Tok Jamal bagi memantau dan melihat sendiri kemajuan projek di tapak. Pada lawatan ini, turut disertai oleh En Farid iaitu Pengurus Pentadbiran Dan Sumber Manusia dan juga Pn. Liyana selaku Penolong Pengurus Pemasaran dan Jualan diiringi oleh wakil-wakil tapak.

Majlis Pelancaran Hamparan

Pada 30 Mac 2022 yang lalu P-Excell Management Sdn. Bhd. telah mengadakan satu majlis yang melancarkan sebuah projek perumahan di Batu Hampar yang diberi nama Hamparan. Pelancaran ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Ustaz Ahmadshah Bin Muhamed iaitu Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar, Yang Berhormat Ustaz Hilmi Bin Dato' Harun iaitu Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Indsutri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar juga selaku Pengerusi P-Excell Management Sdn. Bhd. dan turut dihadiri oleh Yang Dihormati Mejar (K) Tuan Haji Wan Adnan Bin Wan Derahman iaitu Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PMINT.

Majlis Pelancaran Logo Baharu P-Excell Management Sdn. Bhd.

Pada 30 Mac 2022 yang lalu P-Excell Management Sdn. Bhd. telah melancarkan logo baharu P-Excell Management Sdn. Bhd. yang telah dihadiri dan dirasmikan oleh Yang Berbahagia Ustaz Ahmadshah Bin Muhamed iaitu Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar, Yang Berhormat Ustaz Hilmi Bin Dato' Harun iaitu Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Indsutri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar juga selaku Pengerusi P-Excell Management Sdn. Bhd. dan turut dihadiri oleh Yang Dihormati Mejar (K) Tuan Haji Wan Adnan Bin Wan Derahman iaitu Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PMINT

Aktiviti Riadah bersama Ahli-ahli Kelab

Kelab K-PEX telah mengadakan satu aktiviti riadah bersama ahli-ahli kelab iaitu Aktiviti Mendaki Bukit Besar. Aktiviti riadah ini sesungguhnya dapat mengeratkan silaturahim sesama ahli dan dapat memupuk semangat kesukanan didalam diri. jutaan terima kasih diucapakn kepada semua Ahli K-PEX kerana telah menjayakan aktiviti riadah ini.

Compare listings

Compare