April 2025

Tahniah atas Pengurniaan Darjah Kebesaran A.M.T

P-Excell Management Sdn. Bhd. ingin mengucapkan sekalung Tahniah kepada Encik Rozmi bin Muji (Ketua Pegawai Operasi PMINT) dan Puan Zawiah binti Zakaria (Pengurus Besar Khidmat Sokongan PMINT) atas pengurniaan Darjah Kebesaran Ahli Mahkota Terengganu (A.M.T) sempena Ulang Tahun ke-63 Hari Keputeraan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu, Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah. #PEMSB #KumpulanPMINT

Dirgahayu Tuanku

Menjunjung kasih dan setinggi-tinggi ucapan Tahniah sempena Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah pada 26 April 2025 bersamaan 27 Syawal 1446H. Daulat Tuanku! Semoga Allah SWT melimpahkan keberkatan, kurniaan kesihatan yang baik, serta memelihara Tuanku dalam limpahan rahmat dan kasih sayang-Nya. “Raja Berdaulat, Rakyat Berkat” Sembah Takzim Daripada: Pihak Pengurusan dan Seluruh Warga Kerja P-Excell Management Sdn.Bhd. Kumpulan PMINT

“Raya Jubli Intan PMINT” Meriah & Bermakna!

“Raya Jubli Intan PMINT” Meriah & Bermakna! Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kumpulan PMINT 2025 yang berlangsung pada 22 April 2025 (Selasa) di Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam (TTI) telah berlangsung dengan penuh kemeriahan, mengeratkan silaturrahim dalam suasana Syawal yang indah. Tahniah & syabas diucapkan kepada(PEMSB) atas kejayaan merangkul: Tempat Pertama - Kategori Booth Terbaik Tempat Ketiga - Kategori Video Kreatif Kreativiti, semangat berpasukan dan penyampaian yang luar biasa menjadikan sambutan kali ini lebih istimewa! Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini. Semoga semangat Jubli Intan PMINT terus menyatukan kita sebagai satu keluarga besar. #RayaJubliIntanPMINT #PMINT60Tahun #SyawalPMINT2025 #TahniahPEMSB #AidilfitriBersama

Salam Takziah

Hari ini, negara kehilangan seorang negarawan ulung, Tun Abdullah Ahmad Badawi – Perdana Menteri Malaysia yang kelima – yang telah kembali ke rahmatullah. Tun Abdullah dikenang sebagai seorang pemimpin berjiwa besar, lemah lembut dalam tutur katanya namun tegas dalam prinsip. Pendekatan beliau melalui konsep Islam Hadhari, penekanan terhadap integriti, dan pembangunan insan telah meletakkan asas penting dalam pentadbiran negara.

Compare listings

Compare