Jawatan Kosong – Pembantu Eksekutif Pemasaran

Kami sedang mencari Pembantu Eksekutif Pemasaran yang bertanggungjawab menyokong pelaksanaan strategi pemasaran, mengurus bahan promosi, membantu penyelarasan kempen, serta memastikan komunikasi pemasaran berjalan secara konsisten dan berkesan. Syarat-syarat kelayakan boleh dirujuk dalam gambar yang disertakan.

Jawatan Kosong – Jurutera Mekanikal

Kami mencari seorang Jurutera Mekanikal yang berkemahiran untuk menyokong perancangan, pelaksanaan dan pemantauan projek berkaitan sistem mekanikal, termasuk memastikan semua kerja mematuhi standard industri serta keperluan keselamatan. Syarat-syarat kelayakan boleh dirujuk dalam gambar yang disertakan.

Jawatan Kosong – Pengurus Bahagian Kejuruteraan

Kami sedang mencari calon yang berkelayakan untuk mengisi jawatan Pengurus Bahagian Kejuruteraan dengan tanggungjawab memimpin pasukan teknikal, menyelaras operasi jabatan, serta memastikan semua projek mematuhi standard kualiti dan keselamatan. Syarat-syarat kelayakan boleh dirujuk dalam gambar yang disertakan.

Majlis Pecah Tanah & Pelancaran Projek Perumahan Taman Hamparan, Peradong

Projek perumahan Taman Hamparan, Peradong secara rasminya telah dilancarkan melalui Majlis Pecah Tanah yang disempurnakan oleh YB Dato’ Wan Sukairi bin Wan Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri Terengganu. Projek ini dibangunkan di atas tanah seluas 4.53 ekar, menampilkan 69 unit rumah teres satu tingkat berkeluasan 1,100 kaki persegi setiap unit. Reka bentuknya berkonsepkan moden, patuh syariah, kondusif dan eksklusif, sesuai untuk keluarga yang mengutamakan keselesaan, keselamatan dan keharmonian. Majlis turut dihadiri oleh, YB Hilmi bin Dato’ Harun, Pengerusi P-Excell Management Sdn. Bhd. , Dato’ Wan Adnan bin Wan Derahman, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, PMINT, YM Dr. Tengku Chik Abu Bakar bin Tengku Ibrahim, Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan (Perumahan), Perancangan dan Pembangunan, Barisan pengurusan tertinggi PMINT dan Syarikat Kumpulan PMINT.

Selamat Hari Pekerja 1 Mei 2025!

Hari ini kita raikan usaha, dedikasi dan keringat semua pekerja – dari sekecil-kecil tugasan hingga sebesar-besar tanggungjawab. Terima kasih atas segala sumbangan anda dalam membina negara dan komuniti yang lebih baik. Teruskan berjuang, teruskan menyumbang. Anda semua adalah wira sebenar! Ikhlas Daripada: Pihak Pengurusan & Seluruh Warga Kerja P-Excell Managament Sdn. Bhd. Kumpulan PMINT #PekerjaKesumaBangsa #HariPekerja #1Mei #TerimaKasihPekerja

Tahniah atas Pengurniaan Darjah Kebesaran A.M.T

P-Excell Management Sdn. Bhd. ingin mengucapkan sekalung Tahniah kepada Encik Rozmi bin Muji (Ketua Pegawai Operasi PMINT) dan Puan Zawiah binti Zakaria (Pengurus Besar Khidmat Sokongan PMINT) atas pengurniaan Darjah Kebesaran Ahli Mahkota Terengganu (A.M.T) sempena Ulang Tahun ke-63 Hari Keputeraan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu, Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah. #PEMSB #KumpulanPMINT

Dirgahayu Tuanku

Menjunjung kasih dan setinggi-tinggi ucapan Tahniah sempena Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah pada 26 April 2025 bersamaan 27 Syawal 1446H. Daulat Tuanku! Semoga Allah SWT melimpahkan keberkatan, kurniaan kesihatan yang baik, serta memelihara Tuanku dalam limpahan rahmat dan kasih sayang-Nya. “Raja Berdaulat, Rakyat Berkat” Sembah Takzim Daripada: Pihak Pengurusan dan Seluruh Warga Kerja P-Excell Management Sdn.Bhd. Kumpulan PMINT

“Raya Jubli Intan PMINT” Meriah & Bermakna!

“Raya Jubli Intan PMINT” Meriah & Bermakna! Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kumpulan PMINT 2025 yang berlangsung pada 22 April 2025 (Selasa) di Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam (TTI) telah berlangsung dengan penuh kemeriahan, mengeratkan silaturrahim dalam suasana Syawal yang indah. Tahniah & syabas diucapkan kepada(PEMSB) atas kejayaan merangkul: Tempat Pertama - Kategori Booth Terbaik Tempat Ketiga - Kategori Video Kreatif Kreativiti, semangat berpasukan dan penyampaian yang luar biasa menjadikan sambutan kali ini lebih istimewa! Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini. Semoga semangat Jubli Intan PMINT terus menyatukan kita sebagai satu keluarga besar. #RayaJubliIntanPMINT #PMINT60Tahun #SyawalPMINT2025 #TahniahPEMSB #AidilfitriBersama

Salam Takziah

Hari ini, negara kehilangan seorang negarawan ulung, Tun Abdullah Ahmad Badawi – Perdana Menteri Malaysia yang kelima – yang telah kembali ke rahmatullah. Tun Abdullah dikenang sebagai seorang pemimpin berjiwa besar, lemah lembut dalam tutur katanya namun tegas dalam prinsip. Pendekatan beliau melalui konsep Islam Hadhari, penekanan terhadap integriti, dan pembangunan insan telah meletakkan asas penting dalam pentadbiran negara.

Tahniah Atas Perlantikan

Tahniah diucapkan kepada Encik Rozmi bin Muji atas pelantikan sebagai Ketua Pegawai Operasi dan Tuan Haji Fazrul Isham bin Mohd sebagai Ketua Pegawai Korporat Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu. Semoga kedua-duanya menjalankan tugas dengan cemerlang dan terus memajukan ekonomi serta pembangunan negeri Terengganu.

Compare listings

Compare