Hadiah disampaikan Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dan diiringi oleh Setiausaha Kerajaan Terengganu, Yang Berhormat Mulia Tengku Seri Bijaya Raja.
Sebanyak 16 buah bot mewakili setiap pejabat daerah, badan berkanun dan anak syarikat milik Kerajaan Negeri bertanding dengan memaparkan pelbagai hiasan, dekorasi dan kreativiti yang menonjolkan identiti daerah dan jabatan masing-masing dengan mengikut tema yang ditetapkan oleh urusetia.
Perarakan pertandingan yang bermula pada jam 9.00 malam dari arah Pulau Kambing, seterusnya menyelusuri Pulau Warisan, Duyong Marina, Jeti Penambang Seberang Takir, Jeti Shah Bandar dan Payang Walk telah menarik ribuan penonton untuk menyaksikan kepelbagaian bot berhias pada malam tersebut.
Tahniah diucapkan kepada:
PMINT – Juara
Kumpulan PMINT (9 buah Anak Syarikat PMINT) – Naib Johan