2022

Lawatan Kerja bersama MBS Sdn. Bhd.

Lawatan kerja Encik Mohd Anuar bin Abdullah (Pengurus Besar PEM) dan staff PEM bersama MBS Sdn. Bhd. pembekal sistem IBS Mega Wall ke tapak projek di Jalan Kuantan-Gambang mengandungi 112 unit Rumah Teres. Tujuan lawatan ini adalah untuk pengenalan kepada sistem formwork terkini kaedah pemasangan, tempoh masa pemasangan sistem dan kos-kos terlibat.

Lawatan ke Projek Residensi Bayas Fasa 1 bersama REHDA

Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia atau lebih dikenali sebagai REHDA cawangan Terengganu telah mengadakan lawatan ke projek Residensi Bayas fasa 1 yang dimajukan oleh P-Excell Management Sdn. Bhd (PEMSB) yang merupakan syarikat di dalam kumpulan syarikat PMINT. Seramai 30 ahli daripada pelbagai syarikat pemaju perumahan dan hartanah serta perunding yang menyertai lawatan termasuk wakil dari Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) selaku pemilik tanah. Menurut Pengerusi REHDA Terengganu Sr Haji Mohamad Hishamudin bin Dato' Muda lawatan seumpama ini merupakan aktivit berkala REHDA bagi memberi pendedahan kepada ahli-ahli berkenaan perkembangan pasaran hartanah, kaedah pembinaan dan teknologi disamping menjadi tunjang kepada pemaju perumahan dalam menangani isu-isu berkaitan pemajuan hartanah. Rata-rata ahli amat tertarik dengan kaedah pembinaan ini dan berharap ia boleh digunakan lebih meluas di projek lain di Terengganu. Projek perumahan yang dikenali sebagai Residensi Bayas fasa 1 sebanyak 55 unit rumah teres 2 tingkat dengan 4 variasi berbeza telah didirikan di atas tanah yang berkeluasan 4 ekar daripada 10 ekar dan berbaki 6 ekar lagi bagi fasa 2 yang masih dalam peringkat akhir kelulusan. Menurut Pengurus Besar P-Excell Management Sdn. Bhd Encik Mohd Anuar bin Abdullah, Residensi Bayas merupakan projek pertama atau pelopor di dalam Terengganu khasnya bagi pengunaan sistem pembinaan IBS Mega Wall (pengunaan besi H-Frame sebagai tetulang dinding konkrit) yang dibangunkan oleh Mega Building System.

Program Bicara Integriti Tahun 2022 & Pelancaran Buku Pelan Anti Rasuah Organisasi (OACP)

Program Bicara Integriti 2022 dan Pelancaran Buku Pelan Anti Rasuah Organisasi (OACP) Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu telah berlangsung di Dewan Besar Wisma Darul Iman. Encik Mohd Anuar bin Abdullah (Pengurus Besar P-Excell Management Sdn. Bhd.), Encik Muhamad Farid bin Chik (Pengurus Pentadbiran & Sumber Manusia P-Excell Management Sdn. Bhd.) dan Puan Sr Nurul Akmilah binti Md Harun (Pengurus Pengurusan Komersial & Perolehan P-Excell Management Sdn. Bhd.) bergambar dengan KPKPs Mohd Hanapi bin Abd. Rahim (Pegawai SPRM Terengganu)

Archidex 2022

Pada 29 JUNE hingga ke 02 JULY 2022, The 21st INTERNATIONAL ARCHITECTURE INTERIOR DESIGN & BUILDING EXHIBITION 2022, MALAYSIA (ARCHIDEX 2022) telah berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).

Malaysia Property Expo (MAPEX) 2022

Pada 23 sehingga 25 bulan Jun 2022 telah berlangsung Expo Hartanah Terengganu (MAPEX) di Kuala Terengganu City Centre Mall (KTCC Mall). Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Ustaz Ahmad Shah Muhamed, Timbalan Jawantankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar.

Tenpin Bowling Bersama Ahli Kelab

TENPIN BOWLING BERSAMA AHLI KELAB 31 MEI 2022 Aktiviti riadah (tenpin bowling) bersama ahli-ahli kelab telah berlangsung di Coral Crown Bowl,Kuala Terengganu. Aktiviti disertai oleh semua ahli kelab. Tahniah kepada team Residensi Bayas kerana merangkul tempat pertama dan tahniah kepada En.Mohamad Syauqi pemenang pemain terbaik keseluruhan. Terima kasih diucapkan juga kepada semua ahli kelab yang turut serta.Semoga aktiviti seperti ini dapat mengeratkan lagi hubungan sesama ahli kelab.

Lawatan Tapak Projek Perumahan Residensi Bayas dan Tapak Projek Perumahan Desa Tok Jamal

Lawatan Pengurus Besar P-Excell Management Sdn. Bhd. iaitu En Mohd Anuar ke Tapak Projek Perumahan Residensi Bayas dan Tapak Projek Perumahan Desa Tok Jamal bagi memantau dan melihat sendiri kemajuan projek di tapak. Pada lawatan ini, turut disertai oleh En Farid iaitu Pengurus Pentadbiran Dan Sumber Manusia dan juga Pn. Liyana selaku Penolong Pengurus Pemasaran dan Jualan diiringi oleh wakil-wakil tapak.

Compare listings

Compare