News & Media

Lawatan ke Projek Residensi Bayas Fasa 1 bersama REHDA

Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia atau lebih dikenali sebagai REHDA cawangan Terengganu telah mengadakan lawatan ke projek Residensi Bayas fasa 1 yang dimajukan oleh P-Excell Management Sdn. Bhd (PEMSB) yang merupakan syarikat di dalam kumpulan syarikat PMINT. Seramai 30 ahli daripada pelbagai syarikat pemaju perumahan dan hartanah serta perunding yang menyertai lawatan termasuk wakil dari Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) selaku pemilik tanah.

Menurut Pengerusi REHDA Terengganu Sr Haji Mohamad Hishamudin bin Dato’ Muda lawatan seumpama ini merupakan aktivit berkala REHDA bagi memberi pendedahan kepada ahli-ahli berkenaan perkembangan pasaran hartanah, kaedah pembinaan dan teknologi disamping menjadi tunjang kepada pemaju perumahan dalam menangani isu-isu berkaitan pemajuan hartanah. Rata-rata ahli amat tertarik dengan kaedah pembinaan ini dan berharap ia boleh digunakan lebih meluas di projek lain di Terengganu.

Projek perumahan yang dikenali sebagai Residensi Bayas fasa 1 sebanyak 55 unit rumah teres 2 tingkat dengan 4 variasi berbeza telah didirikan di atas tanah yang berkeluasan 4 ekar daripada 10 ekar dan berbaki 6 ekar lagi bagi fasa 2 yang masih dalam peringkat akhir kelulusan. Menurut Pengurus Besar P-Excell Management Sdn. Bhd Encik Mohd Anuar bin Abdullah, Residensi Bayas merupakan projek pertama atau pelopor di dalam Terengganu khasnya bagi pengunaan sistem pembinaan IBS Mega Wall (pengunaan besi H-Frame sebagai tetulang dinding konkrit) yang dibangunkan oleh Mega Building System.

Join The Discussion

Join The Discussion

Discover More

Compare listings

Compare