News & Media

Majlis Makan Malam Anak Syarikat Kumpulan PMINT 2022 yang diadakan di Dewan Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam

Telah berlangsungnya Majlis Makan Malam Anak Syarikat Kumpulan PMINT 2022 yang diadakan di Dewan Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam yang dirasmikan oleh Tuan Haji Wan Adnan bin Wan Derahman yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT). Pada Majlis makan malam ini juga turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Operasi iaitu Tuan Haji Azmal Bin Azaddin dan Ketua Pegawai Korporat PMINT iaitu Encik Mohd Anuar Bin Abdullah dan barisan Pengurus- pengurus Besar PMINT serta Pengurus-pengurus Besar Anak Syarikat PMINT.

Majlis yang diadakan julung kali ini telah meraikan seramai 350 kakitangan Anak Syarikat Kumpulan PMINT yang menghimpunkan kakitangan dari 9 buah anak syarikat PMINT iaitu Cas Ligas, P-Excell Management Sdn. Bhd., Permint Granite Sdn Bhd, Pmint Urus, Permint Minerals Sdn Bhd, Taman Tamadun Islam, Pertima Trengganu, TADC, dan Paya Bunga Hotel Terengganu bagi menghargai usaha dan kerja keras kakitangan selama berkhidmat di syarikat masing-masing dengan bertemakan Batik.

Acara Kemuncak pada majlis ini adalah penyampaian Anugerah Pekerja Dedikasi, Anugerah Pekerja Inovasi dan Anugerah Pekerja Cemerlang kepada kakitangan bagi setiap anak syarikat bagi tahun 2022.

Majlis ini di akhiri dengan penyerahan panji iaitu simbolik kepada Majlis Makan Malam Tahunan ini kepada tuan rumah bagi Majlis Makan Anak Syarikat Kumpulan PMINT bagi tahun 2023 iaitu Paya Bunga Hotel Terengganu yang di saksikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PMINT.

Jutaan tahniah kepada semua penerima anugerah dan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis yang penuh gilang gemilang itu.

Join The Discussion

Join The Discussion

Discover More

Compare listings

Compare