News & Media

Kunjungan Prihatin K-PEX

Kelab Kebajikan Kakitangan P-Excell Management Sdn. Bhd. bersama pihak pengurusan P-Excell Management Sdn. Bhd. telah mengadakan satu kunjungan prihatin ke rumah pelajar praktikal iaitu Nor Azmina Binti Amran. Lawatan ini bertujuan untuk menzahirkan sokongan moral dan keprihatinan terhadap kebajikan beliau serta keluarganya.


Dalam kunjungan tersebut, wakil kelab dan pihak pengurusan telah menyampaikan sumbangan sebagai tanda sokongan kepada Nor Azmina. Semoga bantuan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban serta memberikan semangat kepada beliau dalam meneruskan latihan praktikal dan perjalanan akademiknya.


P-Excell Management sdn. bhd. sentiasa komited dalam menjaga kebajikan bukan sahaja kakitangan tetapi juga para pelajar praktikal yang menjadi sebahagian daripada keluarga besar syarikat. Diharapkan usaha murni ini dapat diteruskan bagi membantu mereka yang memerlukan.

Join The Discussion

Join The Discussion

Discover More

Compare listings

Compare