Pihak pengurusan P-Excell Management Sdn. Bhd. bersama Kelab Kebajikan Kakitangan P-Excell Management Sdn. Bhd. Terengganu (KPEX) telah mengadakan lawatan prihatin ke rumah salah seorang staf iaitu Muhammad Sapawi Bin Pi’a yang terlibat dalam kemalangan pada 08 Mac 2025 Sabtu. Kunjungan ini bertujuan untuk menzahirkan sokongan moral dan keprihatinan terhadap staf tersebut serta keluarganya.
Lawatan ini juga lebih bermakna kerana ia bertepatan dengan kelahiran bayi beliau. Dalam kunjungan ini, pihak pengurusan dan kelab kebajikan telah menyampaikan sumbangan serta tanda ingatan sebagai sokongan kepada beliau dalam menghadapi situasi ini.
Semoga staf yang terlibat diberikan kesembuhan segera dan bayi yang baru dilahirkan membesar dengan sihat. P-Excell Management sentiasa komited dalam menjaga kebajikan dan kesejahteraan staf, terutamanya dalam saat-saat mencabar seperti ini.